Saturday, February 9, 2013

Wonders in Egypt: Lesson #1

"berdebu betul mesir ni kan." kataku sambil lap skrin camera.
"dekat tempat yang berdebu ni lah, kita kena cari mutiara di sebalik nya" balas teman ku tenang

but who knows, i actually discovered the diamonds ?

Karnak Temple, Luxor, Egypt

Philae Temple, Aswan

Laut Merah, Egypt

Lalu Musa memperlihatkan kepadanya (Firaun) mukjizat yang besar. Tetapi Firaun mendustakan dan menderhaka. (Naziat, 20-21)
Maka Allah menghukumnya dengan azab di akhirat dan seksaan di dunia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut kepada Allah. (Naziat, 25-26)


Kaum terdahulu. Binaan mereka hebat. Gah tersergam luas. Tinggi menggapai langit. Kekal beribu tahun pun.
Melawat luxor dan aswan penuh dgn tiggalan sejarah buat aku terfikir, sungguh hidayah itu milik Allah maka bersyukurlah hati2 yg terpilih. Sedih mengenangkan umat terdahulu, dikurniakan segala macam nikmat tapi buta.

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan lah kami di jalan-Mu



Nubian Village, Aswan.
Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan. Kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti. (Hujurat, 13)

crossing the Nile River

Botanical Garden, Aswan.

Botanical Garden, Aswan.
Dan dari langit Kami turunkan air yang memberi keberkatan, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu, pepohon yang rendang dan biji-bijian yang dapat dituai. (Qaf, 9)

Maka tidakkah mereka meperlihatkan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami membangunkan serta menghiaskannya dan tidak terdapat retakan sedikit pun ? Dan bumi yang kami hamparkan di atasnya gunung-ganang yang kukuh dan Kami tumbuhkan di atasnya tanaman-tanaman yang indah. Untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi hamba yang kembali berserah kepada Allah.
(Qaf, 6-8)

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa batas. (Ali Imran, 27)


Dan sesungguhnya telah kami mudahkan al-Quran untuk peringatan maka adakah orang yang mahu mengambil peringatan?
(Qamar, 40)

Kerana yang buta itu bukan mata yang tak mampu melihat. Tapi akal yang enggan berfikir dan hati yang keras menidakkan.


2 comments: